Refreshing Trips To The Nature

Bila membicarakan mengenai pelancongan, orang ramai akan memilih untuk ke bandar-bandar metropolitan yang hebat dan cantik di luar negara bagi menyaksikan kemegahan sesuatu negara tersebut. Walaupun pelancongan seperti ini mendedahkan anda kepada dcara hidup moden dan penemuan budaya yang berbeza, ianya juga boleh mendatangkan stress.

Kredit: IACT College

Sebagai contoh, anda akan jumpa pelbagai jenis orang dengan pelbagai kerenah dan persepsi. Tidak lupa juga, pendedahan kepada pencemaran yang berkait rapat dengan bandar. Tetapi jika anda mahukan pelancongan yang berlainan, anda mungkin ingin mempertimbangan trip ke alam semula jadi.

Kredit: Best Wallpaper

Trip ini boleh memberikan anda keamanan yang tidak sama anda dapat di bandar. Bayangkan sahaja berenang di lautan biru atau saat-saat kontemplatif semasa anda menjejaki trail di hutan atau gunung. Jika anda berfikir untuk ambil trip ke nature, tak perlu fikir panjang, teruskan cita-cita anda itu. Banyak faedah anda akan dapat yang boleh mengubah perspektif anda terhadap kehidupan.

Ingin tahu lebih lanjut manfaat-manfaat trip ke alam semula jadi, berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh consider:

Banyak Perkara Anda Boleh Lakukan

Bertentangan dengan persepsi umum, trip ke nature bukanlah trip yang membosankan. Apa yang anda buat boleh jadi sangat luas dan pelbagai, anda tidak akan kehabisan idea untuk melakukan sesuatu.

Jika ke hutan, sungai, air terjun, bukit atau gunung, anda boleh hiking, trekking, camping, fishing, berkayak, berendem, ber-BBQ, menikmati pemandangan yang cantik, membaca dalam suasana yang aman dalam hutan, meneroka sekeliling mencari inspirasi semula jadi, dan memerhatikan serangga-serangga luar negara

Kredit: Insider

Manakala jika anda pantai, laut atau pulau, anda boleh swimming, scuba, snorkelling, sewa bot tangkap ikan di tengah laut, island hoping, menikmati pemandangan, angin sepoi bahasa dan udara segar, bergambar, bergambar dalam laut, buat istana pasir, berjemur sehingga sunburn, campak botol kaca berserta surat cinta ke dalam laut, berjalan mengelilingi pulau, dan melakukan aktiviti air lain seperti kayak, surfing, banana boat, rafting, parasailing, dan free diving.

Kredit: 10wallpaper

Fokus Pada Perkara Yang Tidak Perasan Sebelum Ini

Trip ke nature ini mungkin membuat seperti anda sedang berjalan dalam muzium yang besar. Pemandangan, landskap, tumbuhan dan haiwan di sana adalah seperti karya seni. Barisan pokok-pokok tinggi yang anda lalui ketika trekking mungkin mempunyai corak dan nilai yang berbaloi untuk anda perhatikan – anda mungkin tidak tahu pun nama pokok tersebut. Lautan awan yang anda lihat setelah sampai ke puncak pula kelihatan seperti lukisan. Pada masa ini semua sudut nampak cantik dalam gambar.

Kredit: Wallpaper Flare

Selain daripada manfaat-manfaat nature trip, banyak sebab lain anda patut membuat lawatan ke alam semula jadi.

Mengurangkan Carbon Footprint

Secara amnya, perjalanan alam semulajadi sedikit-sebanyak dapat mengurangkan jejak karbon. Ini kerana kurangnya penggunaan pengangkutan yang membakar bahan bakar fosil seperti kereta. Selalunya, pencinta alam akan hiking atau berjalan kaki sebagai pengangkutan tipikal. Jika anda travel ke tempat-tempat luar bandar, kawasan pergunungan, atau tempat yang seumpanya, anda tiada pilihan selain mendapatkan sumber makanan dari hutan atau orang kampung tempatan.

Ubah Pelancongan Kepada Pengembaraan

Kredit: Nick Bramhall

Kegembiraan sesebuah pengembaraan itu perkara yang harus anda rasakan tidak kira bagaimana dan di mana kita hidup. Oleh itu, perjalanan ini adalah semua tentang pengambaraan. Walau bagaimana pun caranya, kita mempunyai banyak peluang meneroka alam sekitar dan mengalami kehidupan dalam perspektif yang berbeza.

Tambahan pula, alam semula jadi merupakan guru semula jadi yang sangat berharga bagi kita tidak kira muda atau tua. Berada sekitar alam semula jadi membantu dalam pembangunan rasa ingin tahu. Hal ini terutamanya berlaku pada usia awal. Kanak-kanak mempunyai peluang untuk mempelajari keajaiban alam dan mengembangkan imaginasi mereka. Seterusnya memupuk kreativiti dalam minda mereka.

Manfaat Kesihatan

Pengembaraan alam semula jadi terbukti menjadikan kita lebih sihat. Ia memaksa kita bersenam dengan cara berjalan kaki dan memastikan kita berada dalam keadaan fizikal yang baik. Di tempat yang jauh dari pembangunan pesat, udara adalah lebih bersih. Ia juga memberi kesan kepada kesihatan mental dengan membantu kita mendapatkan ketenangan. Sebagai contoh, orang Jepun melawat hutan mereka untuk meningkatkan kesihatan mental.

Jangan lupa, jika anda memutuskan untuk ke Australia, dapatkan Australian visa application online dahulu. Klik di sini untuk lihat pakej pelancongan yang menarik.