To Travel To Heal

Kita banyak membincangkan berkenaan tempat-tempat menarik untuk travel, bila masa yang sesuai untuk musim-musim tertentu, dan tips serta persediaan untuk ke sana. Perkara yang paling kurang dibincangkan ialah tujuan dan kepentingan travel itu sendiri serta kesannya kepada diri kita.

Travel ke tempat baru merupakan sumber inspirasi dan ilham yang tidak akan hilang ditelan zaman. Ianya juga boleh menyembuhkan secara emosional dengan cara mengunjungi tempat yang tidak biasa, melihat orang baru, memerhatikan nilai seni tempat tersebut, serta menjelajahi landskap yang belum pernah kita jejaki.

Travel healing ada banyak jenis, sebagai contoh dari segi mental, fizikal dan kerohanian. Mereka travel ke luar dari tempat mereka sendiri untuk mencari suatu bentuk keamanan di tempat orang.

Blog ini akan kongsikan pengalaman travel healing melalui pengembaraan ke pelosok dunia. Bagaiman caranya untuk meluangkan masa bersendirian dan untuk menjauhkan diri dari jadual yang sibuk.

Selamat membaca artikel kami!